AKTIVITI PEMBANGUNAN KAMPUNG

26) AKTIVITI PEMBANGUNAN KAMPUNG

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap balai raya di tiga kampung di Daerah Sabak Bernam yang tidak digunakan sejak tahun 2008?

    Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap balai raya di tiga kampung di Daerah Sabak Bernam yang tidak digunakan sejak tahun 2008 adalah seperti berikut:

    1. Hasil semakan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam mendapati bahawa balai raya di tiga buah kampung di Daerah Sabak Bernam adalah berstatus tanah persendirian / individu dan pihak pemilik tanah tersebut tidak memberikan keizinan untuk menggunakan balai raya tersebut. Pihak Pejabat Daerah tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana ia akan dianggap sebagai pencerobohan.
    2. Sebagai salah satu langkah alternatif ialah pihak Kerajaan Negeri menyediakan kabin bagi memudahkan pihak JKKK menjalankan aktiviti. Kabin tersebut diletakkan di kawasan tanah Pengerusi JKKK sehingga tamat tempoh Pengerusi JKKK tersebut memegang jawatan. Bagi memastikan aset kerajaan negeri terjamin, satu perjanjian di antara pihak JKKK dengan Pejabat Daerah dibuat bagi membolehkan pihak Pejabat Daerah mengeluarkan / mengambil alih kabin berkenaan jika perlu.

Lampiran

Tiada Lampiran.