KESAN EKONOMI GLOBAL

87) KESAN EKONOMI GLOBAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menerokai bidang ekonomi baru yang boleh memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat?

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mengeksploitasi sumber dan mencari kaedah untuk menerokai bidang ekonomi yang baru supaya menjadi lebih maju dan berdaya saing. Pada masa ini, Kerajaan Negeri menggalakkan penglibatan di dalam industri yang berpotensi seperti bioteknologi, industri penerbangan dan industri solar. Kerjasama daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) adalah penting bagi mewujudkan koordinasi pelaburan mantap serta menyediakan insentif-insentif lain seperti tanah, air, infrastruktur dan terutamanya tenaga mahir bagi menarik minat pelabur dalam bidang ekonomi baru di negeri Selangor. Setakat bulan April 2009, terdapat dua (2) projek berasaskan aeronautik yang menarik masuk pelaburan luar sebanyak RM 20 juta dan membuka sebanyak 362 peluang pekerjaan. Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pelaburan pihak Q-Cells daripada negara Jerman sebanyak RM 2.6 bilion bagi menghasilkan produk berkaitan sistem solar di Sepang, Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.