MASALAH PENGUATKUASAAN TONG SAMPAH

41) MASALAH PENGUATKUASAAN TONG SAMPAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap premis perniagaan yang beroperasi tanpa tong sampah?

    Setiap PBT di Negeri Selangor telah menetapkan syarat penyediaan tong sampah dalam permohonan lesen. PBT boleh mengenakan tindakan kompaun kepada pemilik premis di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pembuangan, Pemungutan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007 terhadap premis perniagaan yang beroperasi tanpa tong sampah dan Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007 iaitu gagal menyediakan tong sampah yang mencukupi seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis.

    Bermula tahun 2015 sehingga tahun 2017, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program pemberian tong sampah secara percuma dengan jumlah sebanyak RM5,368,400.00 sebagai projek perintis kepada PBT Negeri Selangor. Kerajaan Negeri juga yakin bahawa Majlis Perbandaran mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk membekalkan tong sampah kepada setiap rumah di kawasan PBT masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.