1032 lulus Ujian Saringan Covid-19 untuk hadir Mesyuarat Ketiga (Bajet) Dewan Negeri Selangor Bermula 30 Oktober 2020

Shah Alam, 28 Oktober: Seramai 1032 individu yang terdiri daripada Ahli Dewan Negeri, Ketua dan wakil jabatan, kumpulan media dan petugas persidangan telah menjalani Ujian Saringan Covid-19 sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2020.

Ujian Saringan yang diadakan secara berpusat di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah diadakan selama 2 hari bermula 25 – 26 Oktober 2020 baru-baru ini, jam 10 pagi hingga 5 petang.

Dewan Negeri Selangor mewajibkan kemasukan ke mesyuarat persidangan pada kali ini perlu menjalani dan mengemukakan keputusan ujian saringan Covid-19 bagi sebagai langkah yang berterusan Dewan Negeri Selangor terhadap usaha pencegahan terhadap pandemik ini.

Persidangan kali ini merupakan kali kedua diadakan ujian saringan selepas diadakan kali pertama pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga yang berlangsung pada Julai 2020 lalu.

Saringan ini dijalankan dengan kerjasama Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT) dengan kerjasama Selcare Clinic Sdn Bhd dengan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Keputusan makmal terhadap ujian saringan yang diperolehi pada 28 Oktober 2020 mendapati kesemua 1032 individu yang menjalani ujian saringan adalah negatif Covid-19.