PROGRAM PEMBINAAN RUMAH PPRT DI ATAS TANAH PERSENDIRIAN

99) PROGRAM PEMBINAAN RUMAH PPRT DI ATAS TANAH PERSENDIRIAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status 40 permohonan rakyat DUN Paya Jaras untuk mendapatkan kemudahan skim bina rumah PPRT di atas tanah persendirian?

    Untuk makluman Yang Berhormat Paya Jaras, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah sebanyak 3 kali pada tahun 2015 dan permohonan bagi mendapatkan bantuan rumah yang diterima dari Daerah Petaling adalah sebanyak 25 permohonan. Manakala bagi tahun 2016 pula, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah yang telah diadakan sebanyak 3 kali dan permohonan yang diterima dari Daerah Petaling adalah sebanyak 11 permohonan. Walau bagaimanapun, daripada permohonan tersebut tiada yang diterima daripada DUN Paya Jaras untuk diproses.

    Justeru itu, sekiranya terdapat permohonan baru dari DUN Paya Jaras, permohonan tersebut perlu mendapat ulasan awal daripada Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dan seterusnya dikemukakan kepada Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan. Syarat-syarat di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah seperti di Lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.