ALAM SEKITAR
115) ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mohon laporan berkenaan pengurangan populasi kelip-kelip dan penghijrahan burung di Selangor
Dasar Kerajaan Negeri Selangor berkenaan penggunaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi Projek Infrastruktur Persekutuan adalah seperti berikut :
- Kawasan HSK yang terlibat merupakan pilihan cadangan terakhir;
- Projek tersebut mempunyai kepentingan nasional yang akan memberi kemudahan kepada rakyat dan masyarakat setempat;
- Pihak pemohon telah melaksanakan beberapa kajian yang berkaitan dan telah mendapat kelulusan seperti Kajian Environmental Impact Assessment (EIA), Detail Environment Impact Assessment (DEIA), Pelan Hidupan Liar dan kajian-kajian lain yang berkaitan;
- Mendapat ulasan dan sokongan daripada Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi teknikal yang berkaitan;
- Proses Penyiasatan Awam melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyiasatan Awam;
- Laporan Penuh Jawatankuasa Penyiasatan Awam akan disediakan dan diangkat bersama Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN);
- Sekiranya diluluskan, proses pewartaan pemansuhan dan penggantian HSK akan dijalankan serentak dengan keluasan yang sama atau lebih besar; dan
- Selain itu, gantirugi pokok dengan gandaan tiga (3) juga akan dikenakan bagi kawasan yang terlibat.
