ISU FOOD TRUCK DI NEGERI SELANGOR
138) ISU FOOD TRUCK DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan permit dikeluarkan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak konsep Food Truck dibenarkan beroperasi di Negeri Selangor
Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang bersidang pada 23 Jun 2016 telah meluluskan Garis Panduan Perniagaan Trak Bergerak – Makanan, Perkhidmatan Dan Barangan bagi Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, satu pekeliling telah dikeluarkan pada Ogos 2016 untuk digunapakai oleh seluruh Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Sehingga Mac 2017 sebanyak 138 permohonan permit trak bergerak telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, hanya enam (6) daripada dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai perniagaan trak bergerak. Perincian adalah seperti berikut:
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN
MAKANAN PERKHIDMATAN BARANGAN JUMLAH KESELURUHAN 1 Majlis Bandaraya Shah Alam 20 20 2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 35 1 36 3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 6 6 4 Majlis Perbandaran Kajang 18 18 5 Majlis Perbandaran Selayang 15 15 6 Majlis Perbandaran Subang Jaya 43 43 7 Majlis Perbandaran Klang – 8 Majlis Perbandaran Sepang – 9 Majlis Daerah Sabak Bernam – 10 Majlis Daerah Hulu Selangor – 11 Majlis Daerah Kuala Selangor – 12 Majlis Daerah Kuala Langat – JUMLAH 137 1 138
