TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR
146) TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Perincian perbelanjaan dana Kerajaan Negeri yang diperuntukkan kepada Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor serta senarai lengkap pelajar yang telah dan/atau sedang menerima bantuan program tersebut.
Perincian peruntukan dan perbelanjaan TKWBNS bagi tahun 2016 adalah seperti berikut:
NAMA PROGRAM PERUNTUKAN (RM)
PERBELANJAAN (RM) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor 16,310,224 22,905,440* Program Biasiswa Selangorku 5,000,000 1,298,350 Jumlah 21,310,224 24,203,790
lebihan perbelanjaan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor ditampung dengan kutipan bayaran balik pinjaman pelajaran.
Memandangkan maklumat pelajar baru yang menerima bantuan pinjaman dan Biasiswa Selangorku bagi tahun 2016 adalah sebanyak 1,572 pelajar, senarai penerima akan dihantar secara rasmi oleh Urus Setia Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor kepada Pejabat YB Pelabuhan Klang.
