SKIM RUMAH SELANGORKU (IPR 15)
166) SKIM RUMAH SELANGORKU (IPR 15)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penerima IPR 15 dari 2014-2015 mengikut bangsa.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pemohon Rumah Selangorku yang telah ditawarkan rumah dari tahun 2014-2015 adalah seramai 9,363. Berikut adalah pecahan pemohon yang layak mengikut bangsa iaitu :
BIL BANGSA JUMLAH 1 Melayu 6,684 2 Cina 1,913 3 India 700 4 Lain-Lain 66 JUMLAH 9,363
