PORTFOLIO PEMBANGUNAN WANITA

198) PORTFOLIO PEMBANGUNAN WANITA

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2017

    Kerajaan Negeri Selangor senantiasa menumpukan pelbagai usaha pembangunan kapasiti wanita di setiap peringkat pelaksanaan tanpa menghadkan kepada portfolio Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita sahaja. Semua program dan polisi yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri turut memberi penumpuan kepada penglibatan wanita secara keseluruhan sama ada dalam program-program keusahawanan, pendidikan, kesihatan, pertanian dan sebagainya. Usaha memperkasakan wanita di Selangor diperkuatkan lagi dengan kewujudan portfolio khusus untuk wanita iaitu melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga dengan peruntukan sebanyak RM3,000,000.00 setahun bagi melaksanakan program-program pembangunan wanita dan keluarga di Selangor.

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah diberikan sejumlah peruntukan bagi melaksanakan program-program pembangunan dan pemberdayaan wanita dan keluarga di Selangor seperti berikut :-

    i) Peruntukan Pembangunan/ Pemberdayaan Wanita dan Keluarga

     

    Bil Tahun Kod Peruntukan Jumlah Peruntukan

    (RM)

    1. 2014 P01 – 07013 1,000,000.00
    2. 2015 P01 – 07013 1,000,000.00
    3. 2016 P01 – 06001 3,000,000.00
    4. 2017 P01 – 06001 3,000,000.00

    ii) Peruntukan Skim Kesihatan Wanita (SKW)

    Bil Tahun Kod Peruntukan Jumlah Peruntukan

    (RM)

    1. 2014 P01 – 02003 1,000,000.00
    2. 2015 P01 – 02003 1,000,000.00
    3. 2016 P01 – 18002 1,000,000.00
    4. 2017 P01 – 18002 1,000,000.00

    iii)  Peruntukan bagi Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau One Stop Crisis Centre (OSCC)

    Bil Tahun Kod Peruntukan Jumlah Peruntukan

    (RM)

    1. 2014 P01 – 02003 50,000.00
    2. 2015 P01 – 02003 50,000.00
    3. 2016 P01 – 18002 50,000.00
    4. 2017 P01 – 18002 50,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.