KAWASAN HIJAU (GREEN AREA)

148) KAWASAN HIJAU (GREEN AREA)

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kawasan yang diklasifikasikan sebagai kawasan hijau oleh Kerajaan Negeri.

    Berdasarkan semakan dan penelitian yang dilaksanakan, tiada istilah kawasan hijau yang digunapakai ke atas klasifikasi zon di bawah mana-mana peruntukan dan tatacara yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, sebaliknya istilah yang digunakan adalah kawasan lapang. Kawasan yang diklasifikasikan sebagai kawasan lapang adalah seperti yang termaktub dalam :

    1. Kanun Tanah Negara (KTN) 1965

    Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 yang menyatakan bahawa semua kawasan tanah untuk kegunaan awam termasuk kawasan lapang hendaklah diwartakan di bawah Seksyen 62 KTN di mana tanah itu akan dikawal selia oleh seorang Pegawai Pengawal. Sehubungan dengan itu, pegawai pengawal tanah-tanah lapang adalah di bawah bidang kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri.

    1.  Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Subseksyen 2(1)

    Tanah lapang ditafsirkan sebagai “mana-mana tanah sama ada yang dikepung atau yang tidak disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam”.

    Berdasarkan tafsiran ini, tanah lapang secara umumnya boleh didefinisikan sebagai suatu kawasan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan rekreasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.