ANCAMAN DENGGI DI SELANGOR

61) ANCAMAN DENGGI DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan 5 faktor utama Selangor menjadi negeri yang mempunyai denggi tertinggi.

    Antara faktor utama negeri Selangor mempunyai kes denggi yang tinggi adalah disebabkan perkara berikut :

    1. Kepesatan pembangunan menjadikan banyak tapak pembinaan baru diwujudkan dan ianya berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes.
    2. Kepadatan penduduk menyumbang terhadap kes demam denggi yang tinggi terutama di kawasan perumahan
    3. Kebanjiran warga asing menyumbang kepada peningkatan kes denggi. Ini disebabkan sikap tidak menjaga kebersihan dan tidak memberi kerjasama memburukkan
    4. Sikap dan tingkah laku masyarakat setempat juga adalah menyumbang kepada kes denggi. Sikap sambil lewa dalam memastikan kawasan persekitaran adalah bebas dari takungan sama ada di dalam atau di luar rumah sukar
    5. Premis terbiar atau kosong menjadi punca pembiakan Denggi di sesuatu lokaliti wabak. Premis kosong ini dijadikan tempat pembuangan sampah oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Lampiran

Tiada Lampiran.