DENGGI
109) DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah statistik kes denggi terkini?
Laporan Situasi Denggi di Negeri Selangor secara kumulatif bagi tahun 2017 sehingga 21 Oktober 2017 telah merekodkan 40,164 kes, berbanding 45,432 kes pada tahun 2016. Jumlah kes denggi bagi tahun 2017 menunjukkan pengurangan sebanyak 11.6% iaitu pengurangan sebanyak 5,268 kes berbanding tahun 2016
Kumulatif kes kematian pula mencatatkan sebanyak 59 kes sehingga 21 Oktober 2017 berbanding 68 kes kematian pada tahun 2016, iaitu pengurangan sebanyak 13%. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kes denggi dan kematian bagi tahun 2016 dan 2017 mengikut daerah :
DAERAH
KUMULATIF KES KUMULATIF KEMATIAN 2017 2016 2017 2016 Petaling 12,166 18,776 13 24 Hulu Langat 12,249 10,311 28 22 Klang 6,780 6,590 5 10 Gombak 4,898 5,073 7 5 Sepang 1,656 1,692 1 1 Kuala Langat 1,123 1,257 1 1 Hulu Selangor 662 966 3 3 Kuala Selangor 469 546 1 2 DAERAH
KUMULATIF KES KUMULATIF KEMATIAN 2017 2016 2017 2016 Sabak Bernam 161 221 0 0 JUMLAH 40,164 45,432 59 68
