PELABURAN DI SELANGOR BIO BAY
131) PELABURAN DI SELANGOR BIO BAY
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk insentif utama kerajaan bagi menarik minat pelaburan di Selangor Bio Bay?
Pihak Kerajaan Negeri tiada memberikan insentif untuk menarik minat pelaburan di Selangor Bio Bay kerana insentif-insentif berbentuk kewangan diberikan oleh pihak Kerajaan Persekutuan menerusi agensi-agensi seperti MIDA dan Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. lain-lain lagi yang berkaitan dengan industri Bio Teknologi.
Walaupun secara dasarnya tiada insentif atau galakan berbentuk kewangan yang ditawarkan, namun pihak Kerajaan Negeri menyediakan agensi khusus seperti Invest Selangor untuk membantu para pelabur dari mula proses mengenal pasti tapak, menyelaras permohonan-permohonan kelulusan pembangunan serta membantu para pelabur menyelesaikan masalah yang dihadapi sama ada melibatkan pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak Kerajaan Persekutuan
