PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DAN TANAH PERSENDIRIAN
138) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DAN TANAH PERSENDIRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan penguatkuasaan yang dilakukan untuk menyekat pencerobohan ke atas tanah kerajaan dan tanah persendirian?
Sebarang jenis pencerobohan yang dilakukan ke atas tanah kerajaan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN). Antara usaha Kerajaan Negeri bagi menyekat pencerobohan ke atas tanah kerajaan adalah dengan mendirikan papan tanda tanah kerajaan dan membina pagar di atas tanah tersebut. Sehingga Oktober 2017, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sekitar RM 100,000.00 bagi mendirikan pagar di dua kawasan tanah kerajaan. Sekiranya berlaku sebarang pencerobohan di atas tanah kerajaan, Pentadbir Tanah akan mengeluarkan notis 425 Kanun Tanah Negara (KTN). Tindakan penguatkuasaan seperti perobohan akan dilaksanakan terhadap penceroboh yang masih ingkar
Bagi pencerobohan di atas tanah persendirian adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk menjaga tanah-tanah yang telah diberi milik kepada mereka.
