KES KEJADIAN PENYAKIT KRONIK DI NEGERI SELANGOR

151) KES KEJADIAN PENYAKIT KRONIK DI NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mencegah kes Rabies, Tuberculosis, Leptospitosis dan Leprosy di setiap PBT?

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan bahawa sehingga kini tiada kes rabies yang dilaporkan berlaku di negeri Selangor. Menurut Kementerian Kesihatan, Negeri Selangor diklasifikasikan sebagai bukan negeri berwabak (untuk kes rabies) dan juga termasuk dalam senarai negeri bukan penampan (“immune belt”) atau yang berisiko seperti yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Walau bagaimanapun, pemantauan berterusan tetap dijalankan bagi memantau setiap kes gigitan anjing atau haiwan liar di Selangor, dan hasil pemantauan turut dikongsikan bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor sebagai salah satu usaha mencegah kejadian kes Rabies di Selangor.

    Bagi kes Leptospirosis, sehingga kini dicatatkan 574 kes leptospirosis dilaporkan di negeri Selangor berbanding 831 kes pada tahun 2016. Pada tahun ini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menjalankan beberapa siri mesyuarat teknikal bersama agensi luar termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perhilitan, dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi membincangkan isu dan langkah kawalan penyakit bawaan haiwan seperti rabies dan leptospirosis. Sehingga kini, sebanyak 3 mesyuarat bersama agensi luar telah dijalankan iaitu pada bulan Februari, Ogos dan Oktober 2017.

     

    Selain itu, hasil pemantauan siasatan mendapati salah satu faktor risiko jangkitan leptospirosis adalah melalui aktiviti air di pusat rekreasi semulajadi. Antara tindakan yang dijalankan oleh pihak JKN Selangor adalah termasuk:

     

    1. Meningkatkan kesedaran di kalangan pemilik pusat rekreasi melalui pemberian taklimat mengenai risiko leptospirosis dan keperluan menjaga kebersihan
    2. Mengadakan risk assessment setiap tahun di pusat rekreasi di Selangor, dan hasil risk assessment akan dibentangkan kepada stakeholder yang berkenaan untuk
    3. Menyampaikan maklumat mengenai risiko leptospirosis kepada pengunjung melalui pemasangan signage di puast rekreasi kelolaan PBT.

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) turut terlibat dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit Rabies, Tuberkulosis dan Bruselosis memandangkan penyakit-penyakit ini merupakan sejenis penyakit zoonosis iaitu penyakit haiwan yang boleh menjangkiti manusia. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh DVS Selangor adalah seperti berikut:

     

    1)                 Survelan Penyakit

    1. Ternakan dan haiwan disaring secara rawak sepanjang tahun di seluruh
    2. Sampel kepala anjing (otak) untuk Rabies diperolehi di kalangan anjing-anjing terbiar yang ditangkap oleh PBT. Sampel darah untuk Bruselosis dan Tuberkulosis daripada ternakan kerbau, lembu, kambing dan
    • Sampel-sampel darah dihantar ke makmal untuk mengesahkan sama ada terdapatnya penyakit ini atau
    1. Kawasan (untuk Rabies) atau ladang (untuk Bruselosis dan Tuberkulosis) yang mempunyai haiwan berpenyakit akan dikategorikan sebagai kawasan berwabak atau ladang positif penyakit.
    2. Sehingga kini, semua sampel untuk Rabies dari seluruh Selangor adalah
    3. Semua ternakan yang telah disahkan berpenyakit

     

    2)                 Kawalan Penyakit

    1. Bagi ladang positif Bruselosis dan Tuberkulosis, sampel darah akan dibuat ke atas semua ternakan ladang
    2. Ladang terlibat perlu menjalani proses ini sebanyak 3 kali berturut-turut dengan selang setiap 4 hingga 6
    • Ladang terlibat dengan semua ternakannya yang mendapat keputusan negatif dalam tempoh ini, diisytiharkan sebagai ladang negatif penyakit Bruselosis atau

     

    1. Seterusnya, ladang terlibat yang ternakannya negatif bagi 2 kali ujian berturut-turut, diisytihar sebagai ladang bebas penyakit Bruselosis atau

     

    3)                 Kawalan Pergerakan Haiwan

    1. Semua ternakan (kerbau, lembu, kambing, bebiri dan unggas) yang hendak dipindahkan antara daerah dalam negeri Selangor dan/atau antara negeri dalam Semenanjung Malaysia, perlu mendapatkan Akuan Kebenaran Pemindahan Masuk/Keluar Ternakan (permit).
    2. Sampel darah semua ternakan yang hendak dipindahkan perlu diuji dan disahkan bebas penyakit Bruselosis dan Tuberkulosis sebelum diluluskan
    • Langkah ini untuk mencegah penyakit

     

Lampiran

Tiada Lampiran.