ISU UTAMA WANITA SELANGOR

164) ISU UTAMA WANITA SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah isu utama wanita yang tinggal di bandar ?

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan memandang serius terhadap isu-isu dan permasalahan yang dihadapi oleh golongan wanita di Selangor tanpa mengira sama ada di bandar mahupun di

    Bagi golongan wanita di bandar yang kebanyakan mereka ini adalah terdiri daripada golongan wanita yang bekerjaya, permasalahan yang timbul adalah isu jurang gender yang terlampau tinggi baik di semua peringkat mahupun dari aspek pasaran buruh.

    Menangani isu gender amat penting kerana ianya mampu untuk menyelesaikan hampir seluruh permasalahan wanita yang dihadapi berkaitan sosial dan ekonomi.

    Penglibatan wanita dalam tenaga kerja di bandar semakin meningkat iaitu sebanyak 14 peratus pada tahun 2008 kepada 68 peratus pada tahun 2014. Jurang penyertaan tenaga buruh antara lelaki dan wanita yang berpendidikan tinggi juga adalah jauh lebih rendah daripada antara lelaki dan wanita yang mempunyai kelayakan pendidikan yang rendah.

    Golongan wanita yang berpendidikan tinggi juga lebih ramai berada di dalam pasaran tenaga kerja berbanding dengan golongan wanita yang mempunyai kelayakan pendidikan yang lebih rendah.

    Kajian juga turut menunjukkan bahawa di peringkat membuat keputusan, ianya masih didominasi oleh golongan lelaki yang mencerminkan ketidakseimbangan gender yang luas.

    Selain daripada itu, permasalahan dalam mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan dalam tenaga kerja adalah antara lain isu utama yang dihadapi oleh wanita di bandar.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.