SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT
65) SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan senarai lengkap skim Inisiatif Peduli Rakyat Selangor serta syarat-syarat permohonannya
Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebuah Kerajaan peduli rakyat sentiasa berusaha mencari alternatif bagi memastikan keperluan dan kebajikan setiap peringkat umur rakyat di Negeri Selangor terbela. Inisiatif Peduli Rakyat adalah kesinambungan polisi dan program yang mengutamakan kepedulian kepada rakyat secara terus menghadapi tekanan hidup hasil peningkatan kos akibat GST, harga petrol serta barangan keperluan harian.
Selain itu juga pelbagai program dan skim telah disediakan melalui Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dalam usaha untuk memberikan kebajikan yang terbaik untuk dimanfaatkan oleh rakyat di Selangor seperti berikut :-
Bil Skim IPR Syarat 1. Smart Selangor Food Stamp Penerima daripada keluarga termiskin hendaklah memenuhi kelayakan seperti berikut : 1. Lahir di Selangor atau telah bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (perlu pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengerusi Taman);
2. Terbuka kepada semua kaum;
3. Berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500.00 sebulan; dan
4. Pengundi di DUN tersebut.
2. Program Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang 1. Terbuka kepada Anak – anak Pekerja Ladang Yang Bersekolah Di Negeri Selangor Sahaja. 2. Pendapatan Ibu Bapa Penjaga Adalah Di Bawah RM1,500.00 Sebulan.
3. Permohonan di bawah program Ini adalah melalui Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah yang berkenaan.
3. Bas Smart Selangor Tiada syarat permohonan 4. Bekalan Air Percuma 20 Meter Padu Pertama Pengguna air domestik bermeter individu atau pengguna pangsapuri kos rendah atau kondominium yang telah membuat migrasi dari meter pukal kepada meter individu. 5. Program Mentor Kraf Bergantung kepada modul pelaksanaan program latihan. Contoh:
1. Latihan kepada peserta / pengusaha baru – nama diperolehi dengan kerjasama PWB
2. Latihan kepada peserta / pengusaha sedia ada – nama diperolehi dari rekod sedia ada/ kerjasama Kraf Malaysia Caw Negeri Selangor.
6. Skim Peduli Sihat 1. Warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau telah bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun. 2. Pendapatan isi rumah RM3,000.00 kebawah bagi keluarga.
3. Pendapatan RM1,500.00 kebawah bagi individu.
7. Panel Dialisis Sihat Selangor 1. Warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau telah bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun. 2. Pendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah.
8. Bantuan Sihat Selangor 1. Warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau telah bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun. 2. Pendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah.
9. Hadiah Pengajian IPT 1. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja. 2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
i. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau;
ii. Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor.
3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai sesi Julai 2008 sahaja;
4. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja;
5. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
6. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/Penjaga Pemohon berjumlah RM3,000 ke bawah sahaja.
Tidak layak memohon bagi kemasukkan Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ LCCI/ Ijazah Lanjutan/ Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI/KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK).
10. Program Khas Peduli Siswa 1. Anak Selangor, atau Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun. 2. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa sahaja di IPTA.
3. Pinjaman untuk anak-anak Selangor di UIA,UKM,UPM DAN UITM.
11. Program Khas Biasiswa Selangor 1. Anak Selangor, atau Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun. 2. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa sahaja.
3. Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan.
4. Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.
12. Biasiswa Khas Sagong Tasi Pelajar Orang Asal di Negeri Selangor. 13. Program Khas Selangor Brain Bank 1. Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia. 2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau pemohon telah bermastautin di Selangor melebihi 5 tahun.
3. Permohonan ini adalah terbuka kepada penjawat awam dan orang awam.
4. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
6. Telah mendapat tempat pengajian di 50 universiti terkemuka luar negara dalam bidang yang dipohon (mengikut Ranking by Subject 2015 Times Higher Education atau QS World University Ranking).
7. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
8. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.0)/ TOEFL (550).
9. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
10. Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
11. Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor.
12. Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
13. Sihat tubuh badan.
14. Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.
15. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan.
14. Program Tuisyen Rakyat Selangor 1. Untuk pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2,000.00. 2. Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah.
15. Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor Mengisi borang permohonan dengan lengkap sebagaimana yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri. 16. Bantuan Sara Diri Anak Selangor 1. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja. 2. Pemohon dan ibu bapa mestilah terdiri daripada Warganegara Malaysia dan rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
i. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
ii. Ibu atau Bapa pemohon warganegara Malaysia dan lahir di Negeri Selangor; atau
iii. Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi menetap dan bersekolah di Negeri Selangor melebihi tempoh 11 tahun.
3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full time course) di UNISEL atau KUIS pada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja; atau
4. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full time course) di INPENS pada peringkat pengajian Diploma atau Sijil sahaja
5. Pemohon telah mendaftarkan diri di UNISEL/ KUIS/INPENS bagi memulakan sesi pengajian.
6. Pemohon adalah pelajar baru mendaftar semester 1 di UNISEL atau KUIS manakala di INPENS pelajar mendaftar pada Tahap 2,3 dan Diploma.
7. Pendapatan Isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga pemohon berjumlah RM5,000 ke bawah sahaja.
17. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Syarat 1 Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia, dan lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008; dan
2. Belum mencapai usia 3 tahun; dan
3. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, atau Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
Syarat 2
Permohonan adalah terbuka kepada anak yang dilahirkan di Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008; dan
3. Belum mencapai usia 3 tahun; dan
4. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun; dan
5. Cop pengesahan Taraf mastautin. Cop boleh diambil dari :-
a) Ahli Parlimen Selangor
b) Pusat Khidmat DUN Selangor
c) Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
d) Penghulu / Ketua Kampung
e) Pengerusi Taman Perumahan / Ketua Blok
f) Ketua Komuniti / Nazir Masjid
Syarat 3
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Lahir di luar Negeri Selangor (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – daerah bersebelahan sahaja); dan
3. Alamat tempat tinggal di Selangor adalah dalam daerah yang bersempadan dengan Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan
4. Negeri kelahiran anak mesti sama dengan negeri kelahiran **ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008
5. Belum mencapai usia 3 tahun
**Ini merujuk kepada Ibu atau Bapa adalah penduduk asal dan pemastautin tetap di negeri Selangor yang tinggal bersempadan dengan Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada:-
i. Penghulu / Ketua Kampung
ii. Pengerusi Taman Perumahan / Ketua Blok
iii. Ketua Komuniti / Nazir Masjid
Anda perlu menyediakan dokumen – dokumen yang lengkap seperti berikut :-
1. Salinan Sijil Lahir Anak / Mykid Anak
2. Salinan Mykad Ibu dan Bapa
3. Mykad Penjaga (Jika Perlu)
4. Surat Perakuan Anak Angkat (Jika Perlu )
5. Cop Pengesahan Bermastautin Untuk Syarat 2 dan 3.
18. Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) 1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad) 2. Sama ada:
a) Ibu atau Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor; atau
b) Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor; atau
c) Ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.
3. Pendapatan seisi rumah menepati:
a) RM2,500 ke bawah yang menanggung 1 orang anak atau
b) RM3,000 ke bawah yang menanggung 2 orang anak
4. Suami dan isteri bekerja
5. Menghantar anak ke TASKA / Nurseri
6. Terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah dalam satu keluarga.
19. Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; dan 1) Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; atau
2) Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 dan sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan; atau
3) Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor).
20. Skim Kesihatan Wanita (SKW) 1. Warganegara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad); dan sama ada: a) Lahir dan sedang menetap di Selangor atau;
b) Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 dan sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan atau;
c) Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)
2. Berumur 40 tahun ke atas. (Pemeriksaan Mammogram. Jika perlu Ultrasound)
3. Berumur 35 tahun hingga 39 tahun. (Ultrasound sahaja)
21. Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad) 2. Sama ada:
a) Ibu atau Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor; atau
b) Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor; atau
c) Ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.
3. Pendapatan seisi rumah RM3,000 ke bawah
4. Suami dan isteri samada bekerja atau tidak bekerja
5. Anak berumur 5 dan 6 tahun sahaja
22. Insentif Perkahwinan Belia 1. Warganegara Malaysia 2. Permohonan terbuka kepada pengantin lelaki atau wanita yang berusia di bawah umur 35 tahun sahaja.
3. Lahir di Negeri Selangor; atau
4. Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid)
5. Perkahwinan kali pertama sahaja
6. Permohonan terbuka dalam tempoh 3 bulan bermula dari tarikh nikah (bagi Islam) atau tarikh daftar perkahwinan (bagi bukan Islam)
Dokumen sokongan diperlukan:
1. Salinan MyKad pemohon
2. Salinan Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (pemohon beragama Islam)
3. Salinan Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (pemohon bukan beragama Islam)
4. Pemohon bukan kelahiran Selangor (mastautin 10 tahun):
i. Cop pengesahan mastautin; dan
ii. **Salinan Sijil berhenti sekolah rendah dan menengah di Selangor sahaja
**sekiranya sijil berhenti sekolah hilang, sila sertakan surat pengesahan daripada sekolah.
Dokumen Sokongan yang lengkap perlu dihantar sebelum genap 3 bulan dari tarikh nikah/daftar perkahwinan.
23. Skim Hijrah Selangor 1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun 2. Memiliki premis perniagaan yang khusus
3. Mempunyai lesen / permit yang sah
4. Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
5. Terlibat secara langsung di dalam perniagaan
6. Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH sahaja dalam satu-satu masa
7. Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH sahaja dalam satu-satu isirumah
8. Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
24. Wifi Smart Selangor Perkhidmatan WiFi Smart Selangor adalah terbuka untuk penggunaan semua penguna yang berada di kawasan hotspot WiFi Smart Selangor. Anda hanya perlu mendaftar sebagai Pengguna Berdaftar WiFi Smart Selangor untuk menikmati kegunaan perkhidmatan internet secara percuma. 25. Skim Rumah Selangorku 1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur 18 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A. Manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001-00 sebulan sehingga RM10,000.00 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
4. Pemohon yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas dari tarikh Perjanjian Jual Beli boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan melengkapkan permohonan secara manual melalui borang kos rendah (SPP01) yang boleh dimuat turun di laman sesawang LPHS iaitu; http://lphs.selangor.gov.my/index.php/pages/view/123 dan dikemukakan bersama salinan Perjanjian Jual-Beli tersebut kepada LPHS. Selain permohonan ini, pemohon perlu berdaftar secara online.
5. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan;
6. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
7. Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
8. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa;
9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut, data permohonan yang masih ‘menunggu tawaran’ akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.
26. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (Tabung Kumpulan Wang Biasiswa) 1. Anak Selangor, atau Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun 2. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa sahaja
3. Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan.
27. Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Am) 1. Warganegara Malaysia dan merupakan rakyat Negeri Selangor.Sekiranya bukan rakyat Negeri Selangor, pemohon merupakan permastautin melebihi tempoh 10 tahun; 2. Golongan tidak berkemampuan dan berkeperluan yang tidak memenuhi syarat-syarat skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang lain;
3. Faktor- faktor lain yang diambil kira ialah bilangan anak/tanggungan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga, keadaan rumah kediaman, kecacatan, keuzuran disebabkan oleh penyakit; dan
4. Faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,500.00 atau Pendapatan Perkapita tidak melebihi RM350.00 sebulan.
28. Saringan Sihat Selangor (3S) 1. Warganegara Malaysia 2. Berumur 30 tahun dan ke atas bagi wanita
3. Berumur 35 tahun dan ke atas bagi lelaki
29. Latihan Usahawan IT (SITEC) Program ini terbuka kepada warga Malaysia yang tinggal atau premis perniagaan terletak di kawasan Selangor. Pemohon dikehendaki memiliki pendaftaran perniagaan sama ada Enterprise atau Sdn Bhd beserta akaun bank berdaftar di bawah nama syarikat. Pemilik kepada syarikat mestilah warganegara Malaysia. 30. Bantuan Bina dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) Syarat-Syarat Am Bantuan Bina Baru : Rumah asal / sedang didiami pemohon perlu dirobohkan keseluruhan bagi membina baru sebuah rumah baru diatas tapak asal rumah pemohon
Bantuan Baik Pulih : Kerosakan asas dan kritikal sahaja akan dibaik pulih. Sebarang penambahan struktur baru tidak dibenarkan. (Ditentukan oleh Pejabat Daerah berkenaan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor)
Syarat-Syarat Kelayakan
1. Terbuka kepada anak kelahiran Selangor atau pemohon yang bermastautin di negeri Selangor melebihi daripada lima belas (15) tahun. Pemohon-pemohon yang bukan kelahiran Negeri Selangor mestilah dibuktikan telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada lima belas (15) tahun.
2. Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah di bawah RM1,500.00 sebulan yang merangkumi tanggungan yang tinggal bersama di dalam rumah berkenaan.
3. Umur pemohon adalah di antara 45 tahun hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kurang Upaya (OKU).
4. Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja.
5. Pemohon yang mempunyai tanggungan sahaja akan dipertimbangkan. Terbukti bahawa rumah berkenaan diduduki pemohon dan tanggungannya.
6. Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah.
7. Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan.
8. Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidaka akan dipertimbangkan.
9. Pemohon yang menumpang dan menyewa tidak akan dipertimbangkan.
10. Keadaan rumah pemohon adalah daif dan tidak sesuai untuk diduduki.
11. Rumah pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampung baru yang mana rumah tersebut berada di atas tanah milik sendiri. Kedudukan tapak mestilah mempunyai / berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik sertas bukan kawasan banjir.
12. Tanah T.O.L. (Temporary Occupation License / Lesen Pendudukan Sementara) & Rezab Kerajaan tidak akan dipetimbangkan untuk bantuan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pegawai Daerah berkenaan.
13. Pemohon dikehendaki untuk melampirkan surat kebenaran menduduki / surat kuasa menduduki daripada tuan / pemilik tanah / waris-waris sekiranya tanah bukan hak milik pemohon (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah)
14. Pemohon yang telah mendapat bantuan baik pulih atau bina baru rumah daripada jabatan /agensi luar adalah tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin.
15. Mangsa bencana alam / kebakaran yang membuat permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin selepas ditimpa musibah adalah tidak layak dipertimbangkan.
16. Pemohon yang berjaya adalah tertaklukkepada pemulangan Surat Penerimaan Tawaran Bantuan Rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.
Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang bersidang.
31. Skim Smart Sewa 1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon; 2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
3. Pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM5,000-00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000-00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C dan D;
4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.
7. Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30% daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan. Tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.
Maklumat Tambahan ;
Anggaran kadar sewaan bermula dari RM 600-00 hingga RM 650-00 sebulan tertakluk kepada harga pasaran sewaan di kawasan berkenaan.
32. Skim Ceria (Mengecat Rumah, baiki lif) CERIA · Pangsapuri kso rendah dan sederhana rendah.
JENIS PANGSAPURI HARGA BELIAN DENGAN PEMAJU Kos rendah RM42,000.00 dan ke bawah Kos sederhana rendah RM42,001.00 sehingga RM72,000.00 Kos sederhana RM72,001.00 sehingga RM150,000.00 · Satu (1) jenis permohonan dengan anggaran keseluruhan kos baik pulih tiada had limit atau MAKSIMUM dua (2) jenis kerja baikpulih dengan anggaran keseluruhan kos tidak melebihi RM300,000.00.
· Mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.
· Keutamaan kepada kerosakan yang paling kritikal.
PERMAI
· Pangsapuri Kos Sederhana (Kod 17) atau Kos Rendah (Kod 18)
· Kategori unit kediaman sahaja
· Kategori permohonan migrasi meter air individu belum mendapat kelulusan teknikal daripada SYABAS
· Pembalikan meter stand unit kediaman sahaja
33. Pengecualian Cukai Pintu dan Pengecualian Fi Lesen Penjaja
Pengecualian cukai pintu terbahagi kepada : a) Rumah Kos Rendah
Rumah yang dibeli dengan harga belian RM42,000 dan ke bawah dari pemaju termasuk program Rumah Selangorku Jenis A; atau
Mana-mana rumah kos rendah atau rumah kos rendah yang di beli secara sub-sale di bawah mana-mana skim kos rendah yang telah diperakui oleh pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa perancangan melalui pelan bangunan yang diluluskan dan perakuan Sijil Layak Menduduki atau Sijil Pengakuan Siap dan Pematuhan yang telah dikeluarkan sekiranya ada.
b) Kediaman Kampung
kediaman/rumah sedia ada dikawasan kampung di mana tidak termasuk pembangunan terancang (telah mendapat kelulusan kebenaran merancang oleh mana-mana pihak berkuasa merancang)
Manakala, pengecualian fi lesen penjaja melibatkan semua bayaran fi lesen penjaja bagi semua kategori aktiviti penjajaan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor seperti berikut:-
i. Lesen Gerai Majlis;
ii. Lesen Pasar Majlis;
iii. Lesen Kiosk Majlis;
iv. Lesen Pondok Bas;
v. Lesen Penjaja;
vi. Lesen Pasar Malam;
vii. Lesen Pasar Pagi;
viii. Lesen Pasar Swasta; dan
ix. Lesen Permit Penjaja Sementara.
Penjaja perlu memohon lesen perniagaan/penjaja kepada PBT tertakluk kepada Undang-Undang Kecil dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
34. Programme On Graduate Employability Enhancement For Smart Selangor (PROGRESS) 1) Graduan ijazah sarjana muda 2) Warga Selangor (anak Selangor/ salah seorang ibu atau bapa warga Selangor / mempunyai alamat tetap di Selangor lebih 5 tahun)
3) 27 tahun ke bawah
4) GCPA di atas 2.00
5) Tidak bekerja dan sedang mencari pekerjaan
35. Program Pemberian Bantuan Baucer untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan 1) Pemohon adalah masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina/ Deepavali atau beragama Islam yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri (yang mana berkaitan); 2) Pemohon mempunyai pendapatan seisi rumah RM1,500.00 dan ke bawah;
3) Pemohon mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan; dan
4) Hanya seorang pemohon sahaja yang layak menerima baucer bagi setiap keluarga.
36. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan 1) Pemohon mestilah berumur 25 tahun dan ke atas; 2) Pemohon merupakan golongan individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan keseluruhan seisi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
3) Pemohon mestilah lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya selama sepuluh (10) tahun;
4) Pemohon merupakan pengundi berdaftar di DUN berkenaan di Negeri Selangor;
5) Perniagaan pemohon mestilah dijalankan di dalam Negeri Selangor dan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
6) Peniagaan pemohon mestilah aktif/ konsisten dan tidak bersifat bermusim;
7) Pemohon ATAU suami/ isteri pemohon tidak pernah menerima bantuan peralatan di bawah Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor;
8) Pemohon tidak mempunyai sebarang pekerjaan lain yang berpendapatan tetap; dan
9) Perniagaan pemohon perlu mempunyai premis atau lokasi perniagaan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
37. Program Kemahiran Teknikal – INPENS International College 1) Pemohon mestilah lahir di Negeri Selangor ATAU telah bermastautin lebih daripada 10 tahun di Negeri Selangor; 2) Pemohon mestilah golongan belia yang berumur 16 hingga 30 tahun;
3) Pendapatan bulanan keluarga (seisi rumah) mestilah tidak melebihi RM3,000.00; dan
4) Pemohon mestiah berminat dan bersedia melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran teknikal.
38. Dana Usahawan Mikro Selangor 1) Rakyat Negeri selangor atau yang telah bermastautin di negeri selangor lebih daripda 10 tahun; 2) Perusahaan dijalankan di Negeri selangor;
3) Berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun;
4) Nilai jualan tahunan kurang daripada rm300 ribu atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang (mana-mana yang lebih rendah);
5) Telah dan masih beroperasi untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun dari tempoh permohonan;
6) Perusahaan dijalankan adalah sepenuh masa; dan
7) Perniagaan mestilah berdaftar dengan suruhanjaya syarikat malaysia (SSM)
39. Nusantara Audiobook Tiada syarat khas, semua yang mempunyai akses kepada internet atau mempunyai telefon pintar yang berinternet. 40. Perpustakaan Bergerak Smart Selangor Tiada syarat 41. Tuisyen Online 1) Pemohon adalah penduduk tetap atau pemastautin di Negeri Selangor 2) Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM1,500
3) Pelajar Tingkatan 5.
42. Skim DanaSel 1) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas; 2) Permohonan dibuka kepada orang awam dengan keutamaan kepada Peneroka Bandar yang berdaftar dengan LPHS/PBT. Senarai nama ini hendaklah disaring dan disahkan oleh pihak LPHS.
3) Tidak layak membuat pinjaman bank. Pemohon mempunyai pendapatan tidak tetap, tidak mempunyai penyata pendapatan, direkodkan dalam CCRIS dan CTOS dan lain-lain.
4) Pendapatan kasar seisi rumah minima RM1,000-00 sebulan sehingga RM 3,000-00 sebulan;
5) Pembelian hendaklah rumah pertama bagi kategori kediaman kos rendah atau Jenis A untuk didiami (harga pembelian pada RM 42,000-00 seunit ke bawah).
6) Berkeupayaan membayar sewa iaitu pembayaran bulanan tidak melebihi 40% dan pembayaran bulanan kesemua pinjaman tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar.
