BANTUAN MEMBINA RUMAH KERAJAAN PERIHATIN
98) BANTUAN MEMBINA RUMAH KERAJAAN PERIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kos seunit rumah dan bilangan rumah telah siap dibina sejak 2014?
Untuk makluman Yang Berhormat Meru, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu golongan miskin dalam memiliki kediaman yang lebih selesa dan sempurna untuk didiami. Daripada tahun 2014 sehingga 2016, kos bagi membina baru sebuah rumah adalah sebanyak RM35,000.00 dan membaikpulih rumah dengan kos maksima sebanyak RM20,000.00 bagi sebuah rumah bergantung kepada kerosakan yang dialami. Senarai penerima Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin daripada tahun 2014 sehingga kini adalah seperti di LAMPIRAN.
Walau bagaimanapun, dengan kos bahan mentah semakin meningkat tahun demi tahun, ia telah mengakibatkan kelewatan dalam pembinaan rumah-rumah yang telah diluluskan. Antara faktor-faktor yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:
- Keengganan pihak kontraktor tempatan untuk memasuki tender kerajaan di bawah program ini disebabkan oleh had siling semasa pada ketika itu terlalu rendah iaitu RM35,000.00 bagi seunit rumah yang memberikan margin keuntungan yang tipis kepada pihak kontraktor.
- Tawaran sebutharga yang ditawarkan oleh pihak kontraktor adalah melebihi had siling semasa yang telah ditetapkan.
Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan Cadangan Kenaikan Had Siling daripada RM35,000.00 Sebuah Rumah kepada RM50,000.00 Sebuah Rumah Bagi Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin melalui kertas EXCO-MTES No.4/30/2016 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 1/2017 pada 11 Januari 2017. Dengan kenaikan had siling ini, kelewatan pembinaan rumah-rumah yang telah diluluskan dapat diatasi dan disiapkan di dalam jangka waktu yang telah ditetapkan.
