JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)

147) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah masalah utama yang dihadapi oleh jabatan ini?

    Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor adalah berkaitan pengurusan kes di mana terdapat banyak kes-kes tertunggak dan memakan masa yang lama untuk diselesaikan. Namun begitu, perkara tersebut telah diambil tindakan di mana pihak kerajaan telah mewartakan satu lagi Mahkamah Rendah Syariah (MRS) yang baru iaitu MRS Ampang pada tahun 2008 dan kewujudan MRS Ampang ini banyak membantu mengurangkan kes-kes tertunggak di MRS Hulu Langat di samping memudahkan pihak-pihak untuk berurusan dengan mahkamah Syariah. Selain itu, pihak Kerajaan juga telah menambah sebanyak 94 Perjawatan Kontrak yang terdiri daripada Pegawai Sulh, Pegawai Penyelidik, Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang ditempatkan di Mahkamah Tinggi Syariah (MTS) dan juga di MRS seluruh Negeri Selangor. Hasil yang kita dapat lihat pada hari ini, banyak kes-kes tertunggak dapat dikurangkan mutu penyampaian perkhidmatan di Mahkamah Syariah bertambah baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.