RIZAB SIMPANAN WANG PBT

152) RIZAB SIMPANAN WANG PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah rizab simpanan wang di setiap PBT dari 2014-2017

    Secara keseluruhannya, rizab tunai di semua PBT Negeri Selangor telah meningkat sebanyak 38% jika dibandingkan dengan rizab tunai yang diperolehi pada tahun 2014 dan tahun 2016 iaitu daripada RM1,439.00 juta kepada RM1,990.33 juta. Bagi data rizab tunai PBT tahun 2017, tiada maklumat dapat diberikan berikutan tempoh perakaunan 2017 masih belum berakhir.

    Butiran terperinci kesemua rizab tunai PBT Negeri Selangor dengan mengambil kira keserataraan tunai ditolak dengan liabiliti semasa sejak tahun 2014 hingga tahun 2016 adalah seperti di jadual berikut:

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN RIZAB TUNAI (RM JUTA)
    TAHUN 2014 TAHUN 2015 TAHUN 2016
    MBSA 370.84 401.13 454.82
    MBPJ 420.85 411.22 360.08
    MPK 28.86 82.89 176.15
    MPAJ 92.87 107.91 90.73
    MPSJ 128.49 102.52 120.70
    MPS 44.77 70.53 150.54
    MPKJ 172.84 207.50 264.68
    MPSP 133.04 192.29 250.40
    MDKS (8.05) 12.17 13.13
    MDHS 16.32 43.89 56.83
    MDKL 28.77 35.03 47.42
    MDSB 9.40 5.88 4.85
    JUMLAH 1,439.00 1,672.96 1,990.33

     

Lampiran

Tiada Lampiran.