SPIES

181) SPIES

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejak diperkenalkan dari tahun 2008, siapakah contoh atau tokoh SPIES yang telah berjaya dilahirkan dengan memiliki pencapaian yang luar biasa?

    Program SPIES adalah program pengupayaan atau membudayakan insan (empowering) tidak bertujuan untuk melahirkan seorang tokoh tetapi menekankan kepada pembentukan masyarakat madaniah yang bersivil dan beradab melalui proses pembentukan karakter dan potensi melalui elemen Spiritual, Physical, Intelek, Emosi dan Sosial.

    Hasil daripada pelaksanaan Program SPIES sehingga tahun 2014 juga telah melahirkan kumpulan Briged Amal Negeri Selangor yang merupakan satu produk Alumni SPIES dan contoh kepada keberkesanan pelaksanaan Program SPIES. Oleh itu, dengan berkonsepkan Generasi Cakna Rakyat kumpulan Briged Amal ini diterapkan dengan eleman-eleman kepedulian sosial yang mampu memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti masyarakat di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.