KEMPEN BEBAS BEG PLASTIK DAN POLISTIRENA

13) KEMPEN BEBAS BEG PLASTIK DAN POLISTIRENA

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai statistik mengenai kutipan 20 sen beg plastik yang diperolehi oleh peniaga-peniaga? Jika ya, nyatakan butir-butirnya

    Bagi menjawab pertanyaan daru DUN Kuala Kubu Bharu berhubung statistik kutipan caj 20 sen, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna telah mengemukakan permohonan data kutipan caj RM0.20 daripada peniaga-peniaga di Negeri Selangor melalui persatuan peniaga masing-masing. Namun begitu, tidak semua pasaraya, perniagaan atau premis makanan yang telah memberi maklumat lengkap. Laporan kutipan yang diterima oleh Kerajaan Negeri setakat ini adalah sebanyak RM1,871,547.55 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Lapan Ratus Tujuh Puluh Satu Ribu Lima Ratus Empat Puluh Tujuh Ringgit dan Lima Puluh Lima Sen Sahaja) sehingga bulan Mei 2017 dan butiran peratusan kutipan adalah seperti berikut:

    KATEGORI PERNIAGAAN JUMLAH KUTIPAN

    (%)

    Pasaraya 63.98
    Premis Makanan 36.02 

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.