BAS SMART SELANGOR

69) BAS SMART SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan perkembangan terkini perkhidmatan Bas Smart Selangor.

    Perkembangan terkini perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah seperti berikut:

    1.1.  Laluan bas

    1.1.1. Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2017, perkhidmatan Bas Smart Selangor telah mempunyai 15 laluan di 11 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi tahun 2017, tambahan 15 laluan baru akan diperkenalkan dan tarikh operasi mengikut PBT adalah seperti berikut :

    • 1 Julai 2017 : Majlis Bandaraya Shah Alam
    • 6 Julai 2017       : Majlis Perbandaran Klang
    • 27 Julai 2017 : Majlis Perbandaran Selayang
    • 1 Ogos 2017      : Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis

    Perbandaran        Ampang         Jaya,   Majlis  Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam dan Majlis Daerah Hulu Selangor.

    1.1.2. Pertambahan laluan pada tahun 2017 melibatkan dua laluan baru bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) manakala satu laluan baru bagi kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

    1.2.  Jumlah bas

    1.2.1 Sehingga 30 Jun 2017, jumlah Bas Smart Selangor yang beroperasi di 11 Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebanyak 52 buah bas.

    1.2.2 Pada tahun 2017, terdapat penambahan enam buah bas di laluan sedia ada iaitu dua buah bas di laluan MPS dan empat buah bas di laluan sedia ada MPSp. Manakala pertambahan laluan baru akan melibatkan penambahan sebanyak 40 buah bas. Jumlah bas yang akan mula beroperasi pada bulan Julai dan Ogos 2017 adalah sebanyak 46 buah.

    1.2.3 Secara keseluruhannya, jumlah bas bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah sebanyak 98 buah.

    1.3.  Statistik penumpang

    Jumlah penumpang Bas Smart Selangor sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2017 adalah sebanyak 8,831,429 penumpang. Butiran statistik penumpang mengikut tahun adalah seperti berikut:

    • Tahun 2015 (mulai 1 Julai 2015)             : 546,661 penumpang
    • Tahun 2016                                                 : 4,163,654 penumpang

    Tahun 2017 (sehingga 30 Jun 2017)      : 4,121,114 penumpang

Lampiran

Tiada Lampiran.