ISU PENAGIHAN DADAH DI KALANGAN REMAJA MELAYU
101) ISU PENAGIHAN DADAH DI KALANGAN REMAJA MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan sedar lebih 70% penagih dadah adalah di kalangan remaja Melayu?
Berdasarkan sumber yang diperolehi daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor, pihak kerajaan menyedari bahawa kadar peratusan yang tinggi penagih dadah adalah di kalangan remaja Melayu. Oleh itu, pihak kerajaan dengan kerjasama beberapa jabatan / agensi dan NGO telah melaksanakan pelbagai program serta inisiatif untuk menangani masalah penagihan dadah ini.
