PROGRAM YAYASAN SELANGOR
111) PROGRAM YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah keberkesanan program penajaan pendidikan di bawah Yayasan Selangor?
Program penajaan pendidikan Yayasan Selangor telah membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Ia diterjemah dengan pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun saban tahun, format peperiksaan awam (SPM) berubah mengikut keperluan semasa, pelajar tajaan Yayasan Selangor berjaya memperoleh keputusan yang baik dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahun Pencapaian 5A ke atas Pencapaian 4A Pencapaian 4A ke atas
2013 64.3 % 15.4 % 79.7 % 2014 68.0 % 15.9 % 83.9 % 2015 56.3 % 17.0 % 73.3 % 2016 46.4 % 15.5 % 61.9 %
