ENAKMEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

171) ENAKMEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal akan dilaksanakan?

    Draf Enakmen Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor masih dalam proses penelitian semula oleh pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor setelah beberapa siri pembentangan kepada barisan back benchers diadakan, iaitu pada 19 April 2016, 28 Julai 2016 dan 23 September 2016.

    Di antara isu yang masih dalam penelitian lanjut oleh pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    i.Proses penterjemahan dwi Bahasa Draf Enakmen Sisa Pepejal dan

    Pembersihan Awam Negeri Selangor;

    ii. Persetujuan atau kebenaran bertulis daripada Jabatan Peguam Negara mengenai Draf Enakmen Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri

    Selangor; dan

    iii. Proses rundingan di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar,

    Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaras dengan kehendak Perkara 79 Perlembagaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.