KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI SELANGOR

179) KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi pendapatan dan perbelanjaan kerajaan untuk tahun 2017 sehingga Jun 2017?

    Prestasi hasil Kerajaan Negeri dari 1 Januari hingga 30 Jun 2017 telah mencapai RM1,476.58 juta iaitu 57.91 % berbanding anggaran tahun 2017 manakala prestasi perbelanjaan telah mencapai RM1,400.15 juta iaitu 40.58% berbanding anggaran tahun 2017. Perincian adalah seperti di jadual berikut :-

    PRESTASI KEWANGAN SEHINGGA 30 JUN 2017

    Perihal 2017
    Belanjawan

    (Jan-Dis)

    Sebenar  (1-30 Jun)
    RM Juta RM Juta %
    Hasil A 2,550.00 1,476.58 57.91
    Perbelanjaan Mengurus B 1,650.00 839.90 50.90
    Perbelanjaan Pembangunan C 1,800.00 560.25 31.13
    Jumlah Besar Perbelanjaan D = B + C 3,450.00 1,400.15 40.58

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.