ISU BANJIR KILAT DI HULU LANGAT
196) ISU BANJIR KILAT DI HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berikutan berlaku bencana banjir kilat di DUN Dusun Tua pada 17.6.2017 yang mengakibatkan kematian, kerosakan harta benda, dan jalan terputus, adakah Kerajaan bercadang untuk membuat kajian menyeluruh dan bersepadu bagi mengambil langkah yang berkesan?
Hasil kajian hidraulik dan hidrologi oleh pakar dari JPS mendapati kadar hujan yang turun di daerah Hulu Langat bermula dari Batu 23 (upstream) ke Batu 10 (downstream) pada hari kejadian adalah melebihi 82 ARI (Annual Rainfall Intensity) dalam tempoh 2 jam hujan.
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM 41.0 juta untuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat. JPS Ibu Pejabat Malaysia kini dalam proses perlantikan perunding dan jurukur. Pelaksanaan projek akan diberi keutamaan bermula dari Daerah Hulu Langat melalui Daerah Sepang ke Daerah Kuala Langat. Pecahan kos peruntukan akan dimuktamadkan selepas perlantikan perunding.
Laporan Banjir tersebut adalah seperti di lampiran 1 (LAPORAN BANJIR SELANGOR). Untuk makluman, laporan banjir ini akan dihantar ke Bahagian Bencana Negeri dan juga Bahagian Hidrologi JPS Malaysia setiap kali berlaku banjir untuk tujuan rekod.
