PROJEK HORAS

207) PROJEK HORAS

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini HORAS?

    HORAS 600 dibangunkan di kawasan bekas lombong di Kg. Sungai Darah, Bestari Jaya, Daerah Kuala Selangor. Bagi memudahkan pelaksanaan dan pemantauan, Projek HORAS 600 ini dibahagikan kepada 2 fasa pembangunan iaitu:

    (a) Fasa 1 yang melibatkan 3 pakej kerja iaitu:

    (1) Pakej 1 – Kerja Pengorekan Kolam Utama oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang telah bermula semenjak 15 Mac 2014 yang dibahagikan kepada tiga seksyen:

    Seksyen 1 melibatkan kawasan seluas 48 hektar.  Kerjakerja pengorekan hingga mencapai paras kedalaman (ODL) antara –13 meter hingga -15 meter telah siap sepenuhnya pada 30 Oktober 2015.

    Seksyen 2 melibatkan kawasan rumah pam.  Kerja-kerja pengorekan telah siap pada 25 Januari 2017.

    Seksyen 3 telah mencapai 60% pada 25 Jun 2017 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2017.

     

    • Pakej 2 – Kerja-kerja Membina Cerun Kolam & External

    Works yang telah bermula pada 16 November 2015 dan akan

    siap pada 16 Februari 2017. Kerja-kerja di tapak telah mencapai 64% dan terpaksa diberhentikan berikutan dari kerja-kerja pengorekan kolam utama oleh KSSB yang masih belum siap sepenuhnya. Lanjutan masa telah diberikan kepada kontraktor untuk menyiapkan kerja sehingga 15 Ogos 2018.

    • Pakej 3 – Pembinaan kolam Hang Tuah

    Berdasarkan kepada kajian dan analisi yang dibuat, pihak Perunding mencadangkan supaya pelaksanaan Pakej ini ditangguhkan kerana air mentah dari HORAS 600 akan dipam terus ke sungai dan bukan ke loji rawatan air.

    (b) Fasa 2 pula melibatkan pembinaan rumah pam. Kerja-kerja di tapak dijadualkan bermula pada 01 September 2017 dan siap pada 30 November 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.