PEMBERI MILIKAN TANAH

95) PEMBERI MILIKAN TANAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah asas yang digunakan Kerajaan Negeri dalam pemberi milikan tanah sama ada individu atau syarikat?

    Pihak Berkuasa Negeri (PBN) hanya boleh menerima permohonan daripada individu atau syarikat yang mematuhi Seksyen 43, KTN dengan pemohon mengemukakan Borang Permohonan Jadual 1 kepada Pejabat Tanah dan Daerah. Permohonan tersebut akan diangkat untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

     

    Walau bagaimanapun, asas pertimbangan yang digunakan untuk menimbang permohonan individu bagi tujuan kediaman adalah seperti di Pekeliling PTGS Bilangan 6/2011 yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2011. Pemberimilikan hanya akan dipertimbangkan kepada pemohon yang telah mengusaha dan mendiami tapak sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pada tarikh 1 Januari 2008.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.