KONSENSI PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN JALAN-JALAN JKR
99) KONSENSI PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN JALAN-JALAN JKR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan syarikat, tempoh serta jumlah nilai kontrak untuk kerja penjagaan dan pembersihan jalan-jalan JKR dalam Selangor.
JKR Selangor telah melantik tiga (3) kontraktor untuk menyelenggara jalan – jalan JKR di Selangor untuk tempoh lima tahun di dalam Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan – Jalan Negeri seperti berikut:
- Zon I : Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor MBI – Rolid Setia Sdn Bhd
Harga kontrak termasuk GST : RM 24,154,814.45
- Zon II : Daerah Petaling, Klang, Gombak, Hulu Selangor Jurumart Sdn Bhd
Harga kontrak termasuk GST : RM 26,758,914.29
- Zon III : Daerah Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang Edgenta Propel Berhad
Harga kontrak termasuk GST : RM 21,813,431.96
