PEMBANGUNAN SUKAN RAGBI
109) PEMBANGUNAN SUKAN RAGBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan sukan ragbi di Selangor?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dan menyokong usaha Persatuan Ragbi Selangor untuk membangunkan sukan ragbi di Selangor. Pihak Majlis akan membantu dari aspek peruntukan kerana setiap sukan yang bergabung di bawah Majlis menyediakan peruntukan tahunan. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada pihak persatuan tentang kaedah – kaedah untuk membangunkan sukan ragbi ini. Antara usaha yang pernah dijalankan oleh pihak persatuan adalah seperti mengadakan klinik dan bengkel sukan ragbi di peringkat sekolah, penganjuran kejohanan, penyertaan kejohanan dan kursus
