PENDAPATAN HASIL PELANCONGAN

138) PENDAPATAN HASIL PELANCONGAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pendapatan hasil dari pelancongan pada tahun 2015?

    Tahun 2015 yang lalu telah diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Selangor 2015. Pelbagai aktiviti-aktiviti pelancongan telah dijalankan untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke Negari Selangor. Hasil daripada Kempen Tahun Melawat Selangor 2015, jumlah pendapatan pelancongan dan jumlah kedatangan pelancong menunjukkan peningkatan sebanyak 51% berbanding tahun 2014. Jumlah kedatangan pelancong bagi tahun 2014 dan tahun 2015 adalah seperti berikut;

     

     

    PELANCONG/ TAHUN

     

    2014

     

    2015

     

    PERATUS KENAIKAN

    DOMESTIK 3,600,098 3,728,550 3.56%
    ANTARABANGSA 2,472,739 3,286,363 32.90%
    JUMLAH 6,072,837 7,014,913 15.51%

    Jadual 1: Jumlah Kedatangan Pelancong ke Negeri Selangor 2014 & 2015

     

    Sejajar dengan peningkatan jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor pada tahun 2015, jumlah hasil resit atau pendapatan pelancongan juga meningkat sebanyak RM660,772,106.40. Berikut adalah jumlah hasil  resit atau pendapatan pelancongan bagi tahun 2014 dan 2015.

     

    TAHUN 2014 2015
    HASIL PENDAPATAN

    PELANCONGAN (RM)

    4,259,487,871.80 4,920,259,978.20
    JUMLAH KENAIKAN 15.51% Kenaikan

     

    Jadual 2: Jumlah Resit Pelancongan (Pendapatan) ke Negeri Selangor 2014 & 2015

Lampiran

Tiada Lampiran.