PERLOMBONGAN PASIR LAUT
154) PERLOMBONGAN PASIR LAUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan kawasan perlombongan pasir laut yang masih aktif di Selangor?
Tiada aktiviti perlombongan pasir laut di dalam lingkungan 3 batu nautika di perairan negeri Selangor. Walaubagaimanapun, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah meluluskan 2 Lesen Melombong Pasir Di Bawah Akta Pelantar Benua (APB) 1966 di Selangor iaitu meliputi 3 batu nautika di luar kawasan perairan negeri Selangor iaitu :
- Ramacon Corporation Sdn.
(Tempoh lesen: 4/8/2009 hingga 3/8/2014)
- Jicom Sdn.
(Tempoh lesen: 2/4/2013 hingga 1/4/2016)
Melalui aktiviti perlombongan pasir laut ini, terdapat 4 permit pengalihan stockpiles pasir laut yang telah diluluskan iaitu 2 di daerah Kuala Langat dan 2 di daerah Klang.
