UM jemput Hannah Yeoh kongsi pembaharuan DNS.

UM jemput Hannah Yeoh kongsi pembaharuan DNS

 

15 Ogos 2017

SHAH ALAM, 15 OGOS: Universiti Malaya (UM) berbesar hati menjemput Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh menulis sebuah artikel dalam penerbitan edisi pertama ‘Universiti of Malaya Law Review’.

Hannah menulis artikel bertajuk ‘Enhancing The Institutional Efficiency Of Parliament: Problem and Prospects’ bersama Profesor Undang-Undang Perlembagaan Tunku Abdul Rahman, Emeritus Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

“Prof Shad telah menulis satu kertas yang dibentangkan pada Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Negara 2017 di Shah Alam, Mei lalu.

“Kertas itu dengan hasrat memberitahu semua orang amalan sebenar untuk reformasi pembuat undang-undang dan bagaimana Parlimen dan Dewan Negeri maju ke hadapan.

“Dalam kertas itu juga ditulis semua pembaharuan DNS yang sudah dibentangkan,” katanya.

Menurutnya, artikel ini juga akan digunakan sebagai rujukan oleh peguam dan pelajar fakulti perundangan.

Naskah pertama ini juga turut menerbitkan artikel tulisan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bertajuk ‘Lim Kit Siang’, ‘Order 53’ dan ‘Future of Locus Standi in Public Interest Litiation’.

Editor Pengurusan, Erique Phang Li-Onn berkata, penerbitan naskah ini diilhamkan sendiri Penasihat Akademik, Prof Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin.

Difahamkan naskah ini pernah diterbitkan hampir 60 tahun lalu ketika Universiti Malaya bergabung dengan Singapura.

“Sebelum ini kita hanya ada penerbitan secara atas talian sahaja tetapi dengan idea penerbitan secara buku, ia lebih mudah dikenali di peringkat antarabangsa.

“Kita mempunyai lembaga pengarah baru untuk menerbitkan naskah ini secara tahunan,” katanya.

Naskah ini dijual kepada umum pada harga RM30 dan RM50 untuk luar negara.

Maklumat selanjutnya