PENJAWAT KONTRAK DI SUK
208) PENJAWAT KONTRAK DI SUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan dan kategori penjawat kontrak di SUK ?
- Berdasarkan rekod yang diperoleh daripada Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) sehingga 26 Februari 2016 terdapat 230 orang penjawat awam lantikan kontrak yang berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSUK). Berikut adalah pecahan kategori penjawat awam lantikan kontrak mengikut kumpulan perkhidmatan :
Bil Kategori Kumpulan Perkhidmatan Bilangan 1. Pengurusan dan Profesional : Gred 41 – Gred 54
30 2. Kumpulan Pelaksana Berkelayakan Diploma / STPM : Gred 27 – Gred 40
43 3. Kumpulan Pelaksana Berkelayakan SPM : Gred 17 – Gred 26
112 4. Kumpulan Pelaksana Berkelayakan PMR/SRP dan ke bawah : Gred 1 – Gred 16
45 JUMLAH KESELURUHAN 230
