PEMASANGAN CCTV DI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
30) PEMASANGAN CCTV DI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri memasang CCTV di kawasan kediaman PPR bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin?
a) dan b)
Setakat ini Kerajaan Negeri bercadang memasang CCTV di kawasan strategi kediaman PPR di bawah kelolaannya. Ini adalah setelah keperluan infrastruktur asas diperbaiki seperti lif, bumbung, kerosakan unit dan sebagainya. Pemasangan CCTV ini akan dilaksanakan berasaskan peruntukan tahunan sebanyak RM1,000,000.00 dan keutamaan adalah untuk membaiki perkara- perkara asas serta penyediaan kemudahan seperti dewan kepada penduduk.
Antara kawasan PPR yang memiliki kawalan CCTV adalah seperti berikut:
i. PPR KOTA DAMANSARA
Terdapat 115 CCTV ditempatkan di dalam kawasan PPR Kota Damansara. 19 unit telah dipasang dan berfungsi dengan baik manakala 96 unit CCTV sedang dalam proses pemasangan.
ii. PPR HICOM
Terdapat 16 CCTV telah dipasang di sekitar Blok A di PPR Hicom dan semuanya berfungsi dengan baik.
iii. PPR SERENDAH
-Tiada CCTV yang dipasang
iv. COUNCIL HOME
-Tiada CCTV yang dipasang
