KOS RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
62) KOS RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kos sebuah rumah prihatin yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?
Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, Kerajaan Negeri Selangor merupakan antara portfolio ataupun program yang membantu rakyat miskin dan kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa dan selamat untuk diduduki. Program Bantuan Kerajaan Prihatin ini telah diwujudkan bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dalam memiliki kediaman sendiri. Program Bantuan Kerajaan Prihatin ini tertumpu pada mereka yang kurang berkemampuan dengan pendapatan seisi rumah kurang daripada RM3,000.00 sebulan, menduduki kediaman sendiri yang telah daif dan tidak selamat dan diutamakan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan yang ramai. Secara tidak langsung, dengan program sebegini, ia dapat membantu mengurangkan bebanan sewa bulanan rumah yang dihadapi oleh pemohon sekaligus dapat mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat di Negeri Selangor yang berbilang bangsa dan
Di bawah Program ini, Kerajaan Negeri menyediakan dua jenis bantuan iaitu bina baru rumah 3 bilik yang dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur, ruang tamu, ruang dapur, dan bilik air dengan kos RM35,000.00 bagi sebuah rumah dan bantuan membaikpulih rumah dengan kos tidak melebihi RM20,000.00 bagi sebuah rumah bergantung kepada kerosakan yang dialami. Kelulusan permohonan diberi berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin mengikut keperluan dan bilangan tanggungan pemohon.
