PUSAT WANITA BERDAYA

66) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri menetapkan satu piawaian standard untuk menilai prestasi setiap DUN yang menjalankan Pusat Wanita Berdaya?

    Kerajaan Negeri amat menitikberatkan soal kualiti dalam segenap aspek pengurusan. Dalam kaitan tersebut, Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor juga tidak terlepas dari penilaian prestasi bagi menetapkan mutu dan kualiti sesebuah PWB tersebut.

    Bagi memastikan penilaian prestasi 56 DUN adalah selari dan seragam (standard), maka Kerajaan Negeri dibawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah menyediakan Manual Prosedur Operasi PWB yang memuatkan beberapa perkara penting antaranya :-

    • Peranan dan tanggungajawab penyeralas dan penyelia PWB;
    • Tatacara pelaksanaan program PWB;
    • Tatacara kewangan PWB; dan
    • Kaedah penilaian prestasi

    Manual ini juga turut menyediakan Borang Penilaian Prestasi Penyelia PWB bagi menilai prestasi penyelia berkaitan kemahiran dan kebolehan dalam melaksanakan tugasan sebagai penyelia PWB.  Selain itu, operasi kehadiran  dan prestasi penyelia akan dipantau dari semasa ke semasa.

    Manakala orang awam pula boleh menilai prestasi PWB jika mereka menjadi peserta program-program PWB dan borang penilaian program akan diedarkan kepada peserta pada penghujung program bagi mendapatkan maklum balas peserta. Buat masa ini penilaian orang awam terhadap program-program PWB tidak diambilkira. Namun begitu, Pihak Kerajaan Negeri sentiasa terbuka menerima pandangan, maklumbalas, cadangan dan aduan daripada orang awam bagi proses penambahbaikan program PWB pada masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.