KEBUN KOMUNITI
67) KEBUN KOMUNITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kebun komuniti mengikut setiap PBT.
Kebun komuniti atau kebun kejiranan merupakan aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan kejiranan sama ada diusahakan secara individu atau komuniti. Ia merupakan satu usaha yang boleh menggalakkan pengeluaran makanan tempatan dan menjadi sumber untuk bekalan hasil-hasil pertanian bagi kegunaan sendiri atau dijual bagi meningkatkan ekonomi komuniti di sesuatu kawasan. Selain itu, kebun kejiranan/komuniti ini merupakan langkah yang boleh dilaksanakan bagi menghijau dan mengindahkan kawasan persekitaran. Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT-PBT Negeri Selangor telah melaksanakan kebun komuniti di bawah Pelan Tindakan Local Agenda 21 (LA21) bagi menggalakkan aktiviti pertanian di kalangan penduduk bandar. Sehingga kini, terdapat 70 kawasan yang terlibat dengan Projek Kebun Komuniti di kawasan PBT Negeri Selangor dengan pecahan mengikut PBT seperti berikut:-
PBT
Jumlah kebun komunti
MBSA 9 MBPJ 4 MPK 1 MPSJ 20 MPAJ 12 MPKj 4 MPS 6 MPSP 3 MDKL 2 MDKS 7 MDHS 2 MDSB TIADA JUMLAH 70 Jadual 1: Jumlah kebun komuniti mengikut PBT
