KOS PERBELANJAAN BAS SMART SELANGOR

72) KOS PERBELANJAAN BAS SMART SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci kos perbelanjaan bagi melaksanakan Bas Smart Selangor di lokasi baru

    Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2016, sebelas (11) laluan telah diperkenalkan dengan 34 buah Bas Smart Selangor digunakan di semua daerah. Bagi laluan tambahan terbaru pada tahun 2016, Bas Smart Selangor telah diperluaskan ke kawasan luar bandar iaitu kawasan Sepang, Kuala Langat, Selayang, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

    Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM4,363,532.64 bagi pelaksanaan Bas Smart Selangor di enam lokasi terbaharu. Pecahan perbelanjaan kos mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti di bawah:

    • Majlis Perbandaran Selayang : RM1,250,796.00
    • Majlis Perbandaran Sepang : RM625,400.00
    • Majlis Daerah Kuala Langat             : RM625,400.00
    • Majlis Daerah Sabak Bernam : RM621,448.32
    • Majlis Daerah Kuala Selangor             : RM621,448.32
    • Majlis Daerah Hulu Selangor : RM619,040.00

Lampiran

Tiada Lampiran.