JALAN PERSEKUTUAN 5

112) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan perkembangan terkini kerja-kerja menaiktaraf jalan Persekutuan 5 yang merupakan sebahagian daripada jajaran Lebuhraya WCE

    Ini adalah Jalan Persekutuan (FR5) dan projek ini diuruskan oleh Pasukan Projek JKR Ibu Pejabat. Terdapat dua (2) projek yang sedang dalam pembinaan di sepanjang jalan tersebut iaitu:-

    • Menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) Sabak Bernam – Hutan Melintang sepanjang 5 km. Kemajuan kerja di tapak sehingga 13 Jun 2016 ialah 28.7% (sebenar) berbanding 48.8% (jadual) dan;
    • Menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) Tanjong Karang – Sabak Bernam, Selangor sepanjang 45 km. Kemajuan kerja di tapak sehingga 30 Jun 2016 ialah 0.5% (sebenar) berbanding 1.0% (jadual).

Lampiran

Tiada Lampiran.