PERBELANJAAN HOSPITALITI DAN IKHTISAS DALAM MENANGANI MASALAH DENGGI
120) PERBELANJAAN HOSPITALITI DAN IKHTISAS DALAM MENANGANI MASALAH DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kesemua perbelanjaan hospitaliti dan ikhtisas oleh Jawatankuasa Tetap Kesihatan bagi menangani masalah denggi serta pengendalian programprogram kesedaran dan aktiviti-aktiviti terjah dan gotong-royong sejak tahun 2014
Pada tahun 2014, Jawatankuasa Tetap Kesihatan telah membelanjakan sebanyak RM32,050.00 bagi program menangani wabak Denggi dan jumlah peruntukan ini bertambah pada tahun 2015 kepada RM1,055,590.00. Memandangkan peningkatan kes Denggi meningkat pada tahun 2015 dengan kadar yang membimbangkan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta untuk melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan penularan wabak Denggi. Butir-butir perbelanjaan Denggi sejak tahun 2014 – 2016 adalah seperti di Jadual1:
BIL
2014 2015 2016 1. Program Gempur Aedes MPKJ 17,050 Peruntukan Denggi 12 PBT 360,000 Aktiviti Pencegahan & Kawalan Denggi setiap DUN 560,000 2. Program Kawalan Denggi MDSB 15,000 Terjah dan Musnah Aedes 2015 Daerah Petaling 40,000 Aktiviti Pencegahan & Kawalan Denggi PBT di Daerah Petaling 210,000 3. Kajian Makmal Nyamuk TOXO di MPSJ 25,590 Program Taklimat Blueprint 48,420 4. Aktiviti Pencegahan & Kawalan Denggi 9 PBT 630,000 Produk MyMAT di MDKL 16,200 5. Aktiviti Pencegahan & kawalan Denggi 665,380 JUMLAH (RM)
32,050 1,055,590 1,500,000 Jadual 1: Perbelanjaan Denggi sejak tahun 2014 – 2016
