SETTLEMENT OFFICER (S.O)

158) SETTLEMENT OFFICER (S.O)

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan pegawai S.O sedia ada, bilangan S.O yang ideal berbanding bilangan transaksi tanah mengikut pecahan daerah bagi memastikan permohonan tanah dijalankan dengan cepat dan effisien

    Bilangan perjawatan Penolong Pegawai Tanah sedia ada di seluruh Negeri Selangor (termasuk jawatan tetap dan kontrak) adalah seramai 164 orang dan butiran penempatan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

    Bagi memastikan permohonan tanah diproses dengan lebih cepat dan efisien, bilangan Penolong Pegawai Tanah yang ideal berbanding jumlah transaksi tanah mengikut pecahan daerah adalah berbeza-beza, bergantung kepada keluasan di antara sesebuah daerah dan bilangan tugasan atau transaksi tanah yang memerlukan tindakan Penolong Pegawai Tanah. Namun demikian, pihak pengurusan PTGS dan PTD sentiasa mengambil serius mengenai perkara tersebut bagi memastikan kelancaran semua urusan tanah tidak terganggu dan berjaya diselesaikan mengikut Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan. Antara langkah yang diambil dari masa ke semasa ialah dengan melaksanakan penyusunan semula perjawatan dan pengisian kekosongan jawatan Penolong Pegawai Tanah dengan kadar segera.

    JUMLAH PERJAWATAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEDIA ADA

    DI SELURUH NEGERI SELANGOR

     

    BIL

     

    PENEMPATAN JUMLAH JAWATAN TETAP  

     

    JUMLAH JAWATAN KONTRAK

     

     JUMLAH KESELURUHAN PERJAWATAN

     

     

    JUMLAH JAWATAN (MENGIKUT WARAN PERJAWATAN) JUMLAH PENGISIAN JAWATAN JUMLAH KEKOSONGAN JAWATAN
    1 PTG Selangor 31 28 3 14 42
    2 Gombak 14 12 2 1 13
    3 Hulu Langat 17 16 1 1 17
    4 Klang 12 13 -1 1 14
    5 Petaling 14 14 0 1 15
    6 Hulu Selangor 16 15 1 1 16
    7 Kuala Langat 12 9 3 1 10
    8 Kuala Selangor 15 15 0 0 15
    9 Sabak Bernam 13 13 0 0 13
    10 Sepang 11 8 3 1 9
      JUMLAH KESELURUHAN 155 143 13 21 164

    Sumber : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, PSUK Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.