SUNTIKAN VAKSIN
179) SUNTIKAN VAKSIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penolakan suntikan vaksin yang direkodkan di Selangor sehinggan Jun 2016
Jumlah kes penolakan di negeri Selangor dari bulan Januari 2016 sehingga Jun 2016 di Selangor adalah sebanyak 74 kes (untuk kes kanak-kanak berdaftar di klinik-klinik kesihatan)
BULAN BILANGAN KES JANUARI 14 FEBRUARI 8 MAC 7 APRIL 25 MEI 20 JUN TIADA Antara faktor penolakan vaksin termasuklah;-
i) Wujudnya golongan/ kumpulan antivaksin yang berpendapat;-
- Kandungan vaksin yang haram dan tidak selamat
- Kesan sampingan vaksin yang diperoleh daripada media masa dan internet
- Mempunyai kepercayaan agama yang sempit di mana terdapatnya persepsi segala yang berlaku telah ditentukan/ditakdirkan
- Terpengaruh dengan maklumat yang salah daripada rakan-rakan dan internet.
- Anggapan berhadapan risiko rendah untuk mendapat jangkitan tanpa
penggunaan vaksin.
ii) Pengambilan supplementary homeopathy yang dipercayai boleh mencegah
daripada penyakit-berjangkit
iii) Kos vaksin yang tinggi (bagi bukan warganegara)
