JALAN RAYA BERKUALITI

219) JALAN RAYA BERKUALITI

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Selangor memastikan jalan-jalan raya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk pengguna jalan raya?

    Antara agenda/program yang dilaksanakan bagi memastikan jalan-jalan raya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk pengguna jalan raya adalah seperti berikut:-

    • Melaksanakan Program Kajian Pavemen. Ini adalah satu kaedah saintifik di mana kekuatan, ketahanan dan kerosakan jalan dinilai secara sistematik. Kerja-kerja penyelenggaraan jalan akan dibuat berdasarkan senarai keutamaan melalui Program Kajian Pavemen tersebut.
    • Melaksanakan kerja selenggaraan jalan negeri secara Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri serta melaksanakan pembaikan jalan melalui Kontrak Berpusat dan sebut harga secara jabatan.
    • JKR Negeri Selangor telah menerbitkan Garis Panduan Amalan Baik Dalam Kerja Turapan dan Senggara Jalan dan telah diedarkan kepada semua pegawai JKR di Negeri Selangor sebagai rujukan semasa kerja-kerja pengawasan di tapak.
    • Spesifikasi pembinaan dan membaiki jalan raya sentiasa ditingkatkan. Ibu Pejabat JKR Malaysia sentiasa mengemaskini spesifikasi pembinaan dan senggaraan jalan dilaksanakan oleh kumpulan pakar di Ibu Pejabat JKR Malaysia.
    • Melaksanakan Program Pencerapan Data-Data Jalan-Jalan Kampung bertujuan mendaftar data jalan kampung ke sistem Marris Online dan membolehkan peruntukan dipohon bagi menyelenggara jalan-jalan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.