PROJEK MEMBAIKPULIH MASJID JAMEK PEKAN KAJANG
139) PROJEK MEMBAIKPULIH MASJID JAMEK PEKAN KAJANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk penambahbaikan yang dilakukan terhadap Masjid Jamek Pekan Kajang? Sejauh mana pemantauan dibuat untuk memastikan projek berjalan mengikut jadual.
Penambahbaikan yang dilakukan di Masjid Jamek Pekan Kajang ialah pejabat dan tandas baru, ruang tambahan baru, karpet ruang solat utama, bilik imam dan siaraya, bilik AHU dan rumah pam. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor mengadakan mesyuarat bersama setiap bulan bagi memastikan projek tersebut berjalan mengikut jadual seperti mana di dalam perancangan.
