BELANJAWAN 2016 KERAJAAN TELAH MELULUSKAN RM10 JUTA UNTUK BIASISWA PENGAJIAN
170) BELANJAWAN 2016 KERAJAAN TELAH MELULUSKAN RM10 JUTA UNTUK BIASISWA PENGAJIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah RM yang telah dikeluarkan untuk pelajar?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan tahunan sebanyak RM10.0 juta setahun untuk pelaksanaan Program Khas Biasiswa Selangorku dengan peruntukan awal sebanyak RM5.0 juta. Setakat Oktober 2016, sejumlah RM1.2 juta daripada peruntukan awal tersebut telah dibelanjakan bagi penajaan 110 penerima Biasiswa yang terdiri daripada pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Perbelanjaan ini meliputi bayaran yuran pengajian dan Elaun Sara Diri kepada 110 penerima biasiswa
