SKIM GOLONGAN MISKIN

86) SKIM GOLONGAN MISKIN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah skim bantuan yang ada dan diberikan kepada golongan miskin di Negeri Selangor?

    Pelbagai program pembasmian kemiskinan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu keluarga yang berpendapatan rendah bagi meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat di samping menjana dan meningkatkan pendapatan serta seterusnya membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Secara ringkasnya, terdapat tiga (3) program teras pembasmian kemiskinan di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan seperti berikut:-

    1. Teras 1: Program yang berupaya menjana dan meningkatkan pendapatan:-
      • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

    Teras 2: Program yang menyediakan peluang untuk melanjutkan pengajian melalui penajaan pendidikan/ latihan:-

    • Program Kemahiran Teknikal melalui Kolej Antarabangsa INPENS

      Teras 3: Program yang berupaya membantu meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos taraf hidup:-

    • Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan; dan
    • Program Pemberian Bantuan Persekolahan Bersempena Back to School.
    • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

    Merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi bagi golongan masyarakat individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan

    perusahaan yang sedang dijalankan bagi membantu menjana serta meningkatkan pendapatan keluarga. Antara lima (5) skop utama perusahaan adalah seperti jahitan, perniagaan makanan, perniagaan runcit, pengasuh kanak-kanak dan kraftangan.

    Sehingga Disember 2014, penerima bantuan bagi Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan adalah seramai 2,087 orang. Statistik jumlah penerima bantuan adalah seperti di JADUAL 1.

    • Program Tajaan Kemahiran Teknikal melalui Kolej Antarabangsa INPENS

    Merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu keluarga berpendapatan rendah bagi meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat melalui penajaan pendidikan. Ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan generasi muda daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Ini secara tidak langsung berupaya memudahkan peluang kepada mereka untuk bersaing mendapatkan pekerjaan. Program ini dilaksanakan dengan memberikan penajaan kos yuran kepada pelajar-pelajar Kolej Antarabangsa INPENS daripada keluarga yang berpendapatan seisi rumah sebulan sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah.

    Sehingga Januari 2015, penerima bantuan bagi Program Tajaan Kemahiran Teknikal melalui Kolej Antarabangsa INPENS adalah seramai 2,297 orang. Statistik jumlah penerima bantuan adalah seperti di JADUAL 2.

    • Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan

    Program pemberian bantuan sempena perayaan merupakan program bantuan secara tahunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan khusus untuk golongan berpendapatan rendah di negeri Selangor. Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam membuat persiapan menyambut perayaan. Ini secara tidak langsung membantu melaksanakan agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos taraf hidup.

    Sehingga Disember 2014, penerima bantuan Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan adalah seramai 224,100 orang. Statistik jumlah penerima bantuan adalah seperti di JADUAL 3.

    • Program Bantuan Persekolahan Bersempena Back to School

    Merupakan program bantuan kepada pelajar sekolah daripada golongan berpendapatan rendah di negeri Selangor untuk membantu meringankan beban keluarga dalam menyediakan keperluan sekolah.

    Sehingga Disember 2014, penerima bantuan Program Bantuan Persekolahan Bersempena Back to School adalah seramai 308,400 orang. Statistik jumlah penerima bantuan adalah seperti di JADUAL 4.

    RINGKASAN STATISTIK PENERIMA BANTUAN PROGRAM BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN DI NEGERI SELANGOR MENGIKUT KAUM

    BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2014

     

    BIL.

     

     

    TAHUN

    BILANGAN PENERIMA MENGIKUT KAUM
    MELAYU CINA INDIA JUMLAH KESELURUHAN
    JUMLAH

    (ORANG)

    PERATUS (%) JUMLAH (ORANG) PERATUS (%) JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)
    1. 2008 179 90.87% 7 3.55% 11 5.58% 197
    2. 2009 322 96.41% 2 0.60% 10 2.99% 334
    3. 2010 209 85.31% 4 1.63% 32 13.06% 245
    4. 2011 295 83.57% 12 3.40% 46 13.03% 353
    5. 2012 227 90.08% 4 1.59% 21 8.33% 252
    6. 2013 155 83.33% 31 16.67% 186
    7. 2014 429 82.5% 39 7.50% 52 10% 520
    JUMLAH 1,816 87.01% 68 3.21% 203 9.73% 2,087

     (Sumber: UPEN, Seksyen Sektoral)

    STATISTIK PENERIMA BANTUAN PROGRAM BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN NEGERI SELANGOR MENGIKUT DAERAH DAN KAUM

    BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2014

     

    BIL.

     

    DAERAH

    TAHUN 2008 TAHUN 2009 TAHUN 2010
    MELAYU INDIA CINA JUMLAH MELAYU INDIA CINA JUMLAH MELAYU INDIA CINA JUMLAH
    1. Petaling 2 0 0 2 2 2 40 3 1 44
    2. Klang 1 1 0 2 3 3 33 8   41
    3. Gombak 10 2 0 12 21 2 23
    4. Hulu Langat 2 0 0 2 40 3 43
    5. Kuala Langat 8 1 2 11 57 1 58 45 1 3 49
    6. Sepang 4 0 0 4 2 2 25 3 28
    7. Hulu Selangor 46 3 2 51 23 23 26 4 30
    8. Kuala Selangor 13 2 1 16 9 4 13 10 10
    9. Sabak Bernam 93 2 2 97 208 2 210
    JUMLAH 179 11 7 197 322 10 2 334 209 32 4 245
    PERATUS (%) 90.87% 5.58% 3.55% 100% 96.41% 2.99% 0.60% 100% 85.31% 13.06% 1.63% 100%

     (Sumber: UPEN, Seksyen Sektoral)
    STATISTIK PENERIMA BANTUAN PROGRAM BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN NEGERI SELANGOR MENGIKUT DAERAH DAN KAUM

    BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2014

     

    BIL.

     

    DAERAH

    TAHUN 2011 TAHUN 2012 TAHUN 2013
    MELAYU INDIA CINA JUMLAH MELAYU INDIA CINA JUMLAH MELAYU INDIA CINA JUMLAH
    1. Petaling 47 1 48
    2. Klang 33 25 58 121 29 150
    3. Gombak 36 2 38 34 2 36
    4. Hulu Langat 18 3 21
    5. Kuala Langat 81 3 5 89
    6. Sepang 19 6 2 27
    7. Hulu Selangor 38 7 2 47 41 4 1 46
    8. Kuala Selangor 34 9 4 47 52 7 1 60
    9. Sabak Bernam 73 1 74 50 50
    JUMLAH 295 46 12 353 227 21 4 252 155 31 186
    PERATUS (%) 83.57% 13.03% 3.40% 100% 90.08% 8.33% 1.59% 100% 83.33% 16.67% 0% 100%

      (Sumber: UPEN, Seksyen Sektoral)

    STATISTIK PENERIMA BANTUAN PROGRAM BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN NEGERI SELANGOR MENGIKUT DAERAH DAN KAUM

    BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2014

     

    BIL.

     

    DAERAH

    TAHUN 2014
    MELAYU INDIA CINA JUMLAH
    1. Petaling 33 33
    2. Klang 33 9 1 43
    3. Gombak 36 1 37
    4. Hulu Langat 30 2 32
    5. Kuala Langat 112 29 32 173
    6. Sepang 34 6 3 43
    7. Hulu Selangor 40 2 1 43
    8. Kuala Selangor 65 2 1 68
    9. Sabak Bernam 46 1 1 48
    JUMLAH 429 52 39 520
    PERATUS (%) 82.5% 10% 7.5% 100%

    (Sumber: UPEN, Seksyen Sektoral)

    PROGRAM TAJAAN KEMAHIRAN TEKNIKAL MELALUI KOLEJ ANTARABANGSA INPENS BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2014

     

    BIL.

     

     

    TAHUN

    BILANGAN PELAJAR MENGIKUT KAUM
    MELAYU CINA INDIA JUMLAH KESELURUHAN
    JUMLAH

    (ORANG)

    PERATUS (%) JUMLAH (ORANG) PERATUS (%) JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)
    1. 2008 189 100% 0% 0% 189
    2. 2009 231 100% 0% 0% 231
    3. 2010 195 47.56% 40 9.76% 175 42.68% 410
    4. 2011 160 46.51% 39 11.34% 145 42.15% 344
    5. 2012 217 61.13% 32 9.01% 106 29.86% 355
    6. 2013 190 60.13% 24 7.59% 102 32.28% 316
    7. 2014 342 75.67% 91 20.13% 19 4.20% 452
    JUMLAH 1,524 orang 66.35% 226 orang 9.83% 547 orang 23.82% 2,297 orang

    (Sumber: UPEN, Seksyen Sektoral)

    PROGRAM PEMBERIAN BAUCER SEMPENA PERAYAAN BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2014

     

    BIL.

     

     

    TAHUN

    BILANGAN PENERIMA MENGIKUT KAUM
    MELAYU CINA INDIA JUMLAH KESELURUHAN
    JUMLAH

    (ORANG)

    PERATUS (%) JUMLAH (ORANG) PERATUS (%) JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)
    1. 2012 56,000 58.82% 39,200 41.18% 95,200
    2. 2013 28,000 45.46% 16,800 27.27% 16,800 27.27% 61,600
    3. 2014 27,300 40.54% 22,400 33.28% 17,600 26.15% 67,300
    JUMLAH 111,300 49.67% 39,200 17.49% 73,600 32.84% 224,100

    (Sumber: UPEN, Seksyen Sektoral)

    JADUAL 4:
    STATISTIK PENERIMA BANTUAN JUMLAH PENERIMA BANTUAN PROGRAM BACK TO SCHOOL BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2014

    BIL. TAHUN JUMLAH (ORANG)
    1. 2008 39,200
    2. 2009 40,000
    3. 2010 50,000
    4. 2011 56,000
    5. 2012 56,000
    6. 2013 33,600
    7. 2014 33,600
    JUMLAH 308,400

Lampiran

Tiada Lampiran.